Mengenal Diri dan Wali Allah
Mengenal Diri dan Wali Allah Original price was: RM15.00.Current price is: RM13.50.
Back to products
Syarah Minhajul Abidin Siri Ketiga
Syarah Minhajul Abidin Siri Ketiga Original price was: RM22.00.Current price is: RM19.80.

Buku Syarah Minhajul Abidin Siri 2

Original price was: RM18.00.Current price is: RM16.20.

Description

Buku Syarah Minhajul Abidin Siri 2 (Terjemahan lengkap Jawi ke Rumi)

Sinopsis : Buku syarah Minhajul Abidin yang ke-2 ini menumpukan perjalanan si salik dalam menempuh bukit yang ketiga iaitu Bukit Awaiq. Bukit ini merupakan halangan daripada perkara yang besar-besar kepada si salik daripada umpama halangan Dunia, Makhluq, Syaitan dan Nafsu yang menengahkannya kepada ibadah. Sudah pastinya perjalanan ini dilalui setelah si salik berjaya melepasi rintangan Bukit Ilmu dan Bukit Taubah yang terdahulu (yang terdapat perbicaraannya pada buku pertama).

Halangan pertama yang terpaksa ditempuhi iaitu halangan dunia yang hanya dapat diatasi dengan bersifat zuhud terhadap dunia dengan syarat dan kaifiatnya. Ini pasti suatu yang susah untuk dilalui kerana untuk membuang dunia yang terdapat pada hati memerlukan latihan dan kecekalan hati yang istimewa.

Manakala halangan kedua iaitu makhluq pula hanya dapat diatasi dengan beruzlah iaitu sunyikan diri daripada manusia dengan syarat dan kaifiatnya. Pada awalnya uzlah adalah semata-mata dengan menjauhi diri daripada manusia dan pada akhirnya dengan bersunyi hati dengan Allah walaupun bercampur dengan manusia ramai.

Halangan ketiga iaitu syaitan dan diatasinya dengan mengetahui segala tipu dayanya dan seterusnya halangan yang keempat iaitu nafsu yang memerlukan mujahadah terhadap nafsu yang berterusan sehingga si salik tersebut berjaya mengekang nafsunya  dan sehingga nafsunya dapat mengikut tunduk segala kehendak syara’ dan huraiannya sangat panjang dan paling susah dibandingkan dengan halangan yang terdapat pada tiga halangan sebelumnya.

Oleh : Khairatul Akmar Bin Ab Latif
m/s:  209

Additional information
Weight 0.33 kg
Dimensions 17 × 3 × 24 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Buku Syarah Minhajul Abidin Siri 2”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja