Buku Syarah Minhajul Abidin Siri 2
Buku Syarah Minhajul Abidin Siri 2 Original price was: RM18.00.Current price is: RM16.20.
Back to products
Syarah Minhajul Abidin Siri Pertama
Syarah Minhajul Abidin Siri Pertama Original price was: RM15.00.Current price is: RM13.50.

Syarah Minhajul Abidin Siri Ketiga

Original price was: RM22.00.Current price is: RM19.80.

Description

Buku Syarah Minhajul Abidin Siri 3 (Terjemahan lengkap Jawi ke Rumi)

Sinopsis : Dalam buku ketiga bagi syarah Minhajul Abidin ini merupakan sambungan bagi kitab yang kedua. Pada siri kitab ketiga ini membicarakan secara khusus berkait dengan cara bagi menghasilkan sifat taqwa iaitu dengan menjaga anggota badan yang utama iaitu mata, telinga, lidah, hati dan perut kerana kesemua anggota ini merupakan sumber bagi masuk melaluinya dosa dan pahala yang akhirnya memberi kesan yang besar terhadap kesejahteraan hati dan kerosakannya.

Dalam memperbaiki hati, imam al-Ghazali menumpukan perbincangan terhadap empat sifat hati yang utama yang mengotorkan hati iaitu panjang angan-angan, hasad dengki, gopoh dan takabbur serta cara merawatnya secara terperinci yang memadai bagi si salik mengambil manfaat melalui perbincangan ini.

Perbincangan yang panjang serta halus juga berkaitan dengan perut turut ditekankan. Ini kerana menurut imam al-Ghazali makanan adalah punca utama yang mempengaruhi bagi segala sifat hati. Tumbuh segar tanaman adalah melalui siraman air, begitulah juga sifat-sifat terpuji dan yang dikeji oleh syara’ juga adalah merupakan hasil daripada sumber makanan yang dimakan yang akan menumbuhkan daging serta sifat-sifat yang bersesuaian dengan makanan yang dimakan dan seterusnya…

Oleh : Khairatul Akmar Bin Ab Latif
m/s:  271

Additional information
Weight 0.42 kg
Dimensions 18 × 4 × 24 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Syarah Minhajul Abidin Siri Ketiga”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja