Buku ini, buah pena Al-Ustaz Mustapha Muhamed Al-Jiasi (Al-Ahmadi) adalah sebuah buku ilmiah yang pertama kali mengupas hakikat tasauf dengan cara mendalam yang belum pernah wujud di alam persuratan Melayu hari ini. Buku ini ternyata mendapat sambutan hangat dari masyarakat pembaca sekalian sejak ianya diterbitkan (dalam edisi Jawi) hingga ke hari ini. Untuk memenuhi hajat pembaca sekalian, kami terbitkan pula dalam edisi Rumi agar tersebar lebih luas dan menyeluruh. Dalam edisi Rumi ini pengarang telah membuat sedikit pembetulan dan tambahan yang tidak begitu menjejaskan dari edisi Jawinya. Buku ini menjelaskan kekeliruan-kekeliruan kebanyakan orang ramai khususnya kaum entelek tentang hakikat ilmu tasauf sehingga menyebabkan timbulnya tuduhan-tuduhan fitnah terhadap kaum sufi sejak dahulu sampai sekarang. Buku ini lahir sebagai menyahut cabaran zaman – Mengapa Junia penuh dengan angkara ancaman terhadap umat manusia? Tuan-tuan sila cari sendiri apakah sebab musabab! Tuan-tuan akan bertemu jawapannya bila membaca buku ini…
m/s:Â 176
Reviews
There are no reviews yet.