SINOPSIS
Ilmu tafsir Al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerana ia berkaitan dengan Kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir al-Jalalain, yang dikarang oleh dua iaitu Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahalli (791-864 Hijrah) dan muridnya, Jalaluddin as-Suyuthi (849-911 Hijrah), rahimahumallahuta’ala.
KELEBIHAN
Mengandungi terjemahan perkata dengan metod menterjemah makna asal. Diutamakan makna asal yang dipilih oleh Imam al-Jalalain.
Mudah dibaca kerana sebahagian penjelasan penting diletakkan di nota kaki.
Disertakan takhrij hadis-hadis yang terkandung dalam tafsir ini dengan baik.
Mengandungi mafhum ayat pada sebahagian surah-surah pendek dan pada beberapa potongan ayat.
NAMA PENULIS :
Jalaluddin al-Mahalli
Jalaluddin as-Suyuthi
m/s: 432
Reviews
There are no reviews yet.