SINOPSIS
Buku Perbandingan Agama Islam & Kristian telah merungkai pelbagai persoalan yang menonjolkan persamaan dan perbezaan yang jelas lagi nyata menerusi al-Quran dan Bible. Selain itu, ia bersifat evergreen yang bersesuaian dengan arus perdana 2020 sebagai polemik sepanjang masa mengikut rangka atau kandungan yang benar daripada al-Quran dan Bible. Al-Quran merupakan kalamullah yang mengandungi mukjizat yang kekal hingga hari kiamat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Manakala Bible pula terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru).
Buku ini telah membuktikan kebenaran persamaan ajaran agama Islam dalam kitab al-Quran dan Bible. Namun, kerakusan individu tertentu telah mengubah kebenaran ini bermula dengan konspirasi Paul hingga wujudnya agama Kristian dan ajaran gereja. Tangan-tangan kotor ini telah melakukan penyelewengan daripada kitab asalnya hingga kebenaran ajaran yang dibawa oleh Jesus ditenggelami kenyataan-kenyataan palsu sehingga menjadi amalan dan kepercayaan penganut agama Kristian pada hari ini. Hal ini dapat dilihat menerusi kenyataan mengenai pengharaman memakan babi, arak, amalan berkhatan dan pelbagai aspek dan isu lain yang berbeza daripada kandungan Bible dan ajaran Jesus yang sebenar.
KELEBIHAN
Merungkai pelbagai persoalan yang menonjolkan persamaan dan perbezaan menerusi al-Quran dan Bible.
Membuktikan ajaran gereja yang berlawanan daripada ajaran Bible yang sebenar.
Bersifat evergreen yang bersesuaian dengan arus perdana 2020 sebagai polemik sepanjang masa mengikut rangka atau kandungan yang benar daripada al-Quran dan Bible.
Merungkai penyelewengan kitab asal ajaran Jesus yang telah ditenggelami oleh kenyataan-kenyataan palsu sehingga terbentuk amalan dan kepercayaan penganut agama kristian pada hari ini.
Nama Penulis : Dr. Zaifuddin MD. Rasip
m/s:Â 344
Reviews
There are no reviews yet.