Buku ini membahaskan isu selawat yang menjadi persoalan dalam masyarakat Muslim; sama ada ia daripada Rasulullah SAW atau bukan daripada Baginda.
Selawat itu sendiri adalah sesuatu yang istimewa. Ia diperintahkan kepada umat Islam malah menjadi rukun atau menyempurnakan ibadah seperti solat dan doa. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara berselawat kepada para Sahabat apabila mereka bertanya.
Buku ini menghimpunkan lima selawat yang popular dalam masyarakat namun lafaznya bukanlah bersumber daripada hadis Rasulullah SAW. Penulis membawakan pendapat-pendapat ulama daripada kitab-kitab hadis dan tafsir juga pendapat-pendapat ulama muktabar zaman moden.
Penulis : Dr. Udah Mohsin
m/s: 126
*sila chat terlebih dahulu untuk bertanya tentang stok
Reviews
There are no reviews yet.