SIAPA IMAM IBNU ABI JAMRAH?
Abu Muhammad Abdullah bin Sa‘ad bin Abi Jamrah al-Azdi al-Andalusi, salasilahnya bersambung kepada sahabat Rasulullah SAW, Sa‘ad bin ‘Ubadah al-Anshari r.a. Al-Azdi merupakan nisbah kepada salah satu bangsa Arab. Al-Andalusi merupakan nisbah kepada negara kelahiran beliau iaitu al-Andalus. Beliau seorangal-‘Arif billah, al-muhaddits, al-bari’, az-zahid, al-Qudwah ar-Rabbaniah, al-Maliki.
Lahir di Andalus lebih kurang tahun 625 H di bandar al-Mursiah, dan dibesarkan di sana dalam keadaan penuh dengan didikan agama. Menghafaz al-Quran sejak kecil lagi dan begitu mengambil berat dengan ilmu hadis dan ilmu yang berkaitan dengan atsar (peninggalan) Rasulullah SAW.
Seorang yang alim dalam bidang hadis sehingga digelar al-Hafizh, pakar dalam bidang qiraat dan seorang sufi.
Wafat pada tahun 675 H di Mesir, dan makamnya berhampiran makam asy-Syeikh Tajuddin bin ‘Atho’illah as-Sakandari rahimahullah.
Penulis: Ustaz Muhammad Fahmi Mohamed Amin Al-Azhari & Ustaz Muhammad Hosnee Zainal
Abidin Al-Azhari
m/s: 92
*sila chat terlebih dahulu untuk bertanya tentang stok
Reviews
There are no reviews yet.