Siri Idaman Penuntut – Pada Menghuraikan Yang Kusut.
Terdiri dari 3 Penggal iaitu:-
Penggal Pertama : Bahagian Ibadat.
Penggal Kedua : Bahagian Jual Beli dan Nikah.
Penggal Ketiga : Faraid & Wasiat, Jinayat & Hudud.
Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fiqah) Bahagian Ibadat Penggal Yang Pertama ( Jilid Pertama ).
Ditulis oleh seorang guru agama dan terlibat dalam penyusunan silibus pembelajaran sekolah agama dalam sistem persekolahan agama Kerajaan Johor .
Atas permintaan anak-anak muridnya, beliau menyusun kitab Idaman Penuntut ini sebagai rujukan pelajaran ilmu fiqah kepada pelajar-pelajar terutamanya yang berada antara Darjah 4 hingga Darjah Khas sekolah agama Kerajaan Johor.
Hasrat yang disampaikan bermula selepas beliau berpencen pada 1967 dan hanya mula direalisasikan pada akhir 1982.
Jilid Pertama bagi siri kitab ini diterbitkan pada April 1983 dengan penekanan terhadap topik-topik Ibadah dengan topik pertama ialah tentang bersuci dan topik terakhir berkenaan makanan.
Bolehlah dikatakan Jilid Pertama meliputi kesemua pelajaran berkenaan ibadah fardhu ain meliputi sembahyang, puasa, jenazah, zakat, dan haji dan umrah.
Reviews
There are no reviews yet.