ISBN: 9789670597355
M/S: 205
Kitab ini adalah sebuah Karangan hamba yang fana Muhammad bin Ismail Daud al-Pathani. Kitab ini menyatakan: Rukun iman dan rukun Islam. Dan beberapa Hadis bagi menakutkan orang-orang yang meninggalkan sembahyang. Dan segala hukum bersuci, istinja, mengambil wuduk, mandi junub, mandi haid dan nifas, dan segala mandi yang sunat, dan hukum tayamum, dan menyatakan haid dan nifas dan istihadah dan menghilangkan najis. Dan menyatakan segala syarat sembahyang, dan segala rukunnya, dan segala perkara yang membatalkan sembahyang, dan sujud sahwi. Dan menyatakan segala sembahyang sunat, sembahyang berjemaah dan sembahyang Qasar dan Jamak, dan sembahyang Jumaat, dan segala sahnya. Dan sembahyang hari raya, dan sembahyang gerhana, dan sembahyang minta hujan, dan sembahyang mayat. Dan menyatakan segala doa kemudian daripada sembahyang dan lainnya yang warid daripada Rasul ﷺ dan sahabatnya dan orang-orang yang salih yang dahulu-dahulu, dan doa hifzul iman, dan beberapa faedah yang amat besar kelebihannya. Semoga Allah menjadikan kitab ini semata-mata khalis bagi zat yang maha Mulia. Amin ya Rabb-al- alamin.
Reviews
There are no reviews yet.