ISBN: 978-983-097-971-7
Kod: GB662
Penulis: Rohamiah Muda
Tebal: 144 ms
Saiz: 13.9cmX 21.6 cm
Berat: 0.4 kg
Harga: RM25.00
SINOPSIS
Buku ini seolah-olah menjadi medium recharge diri dan jiwa. Di saat kelelahan dan keletihan mengharungi ujian kehidupan, buku ini muncul menjadi pendamai di antara jiwa manusia yang resah dengan keadilan yang Maha Pencipta.
Banyak refleksi dan teguran yang mendekatkan diri kepada Allah. Aksara penulisan yang santai dan padu kerap menjentik nurani agar terus bersangka baik dengan Allah demi menghilangkan derita dan resah yang ditanggung selama ini.
Kematian dan kehidupan sangat berkaitan. Kematian adalah jalan untuk sebuah kehidupan yang berkekalan. Ingatlah, masa itu semakin hampir untuk kita tinggal bersendirian di dalam tanah. Di sanalah kita merasai penyesalan yang tidak sudah. Ingin kembali, tidak mungkin lagi. Ingatlah, hidup di sana hidup yang hakiki kerana hidup di sini hanya mimpi. Sayidina Ali r.a. mengingatkan, “Hidup manusia di dunia umpama mimpi, apabila mati barulah dia terjaga!” Allahuakbar!
Jadi, rancanglah kehidupan dengan bijaksana. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Kemuncak kebahagiaan kita ada di syurga. Marilah kita berusaha untuk masuk ke sana.
Reviews
There are no reviews yet.