Majmu’ Syarif Jalan Menuju Bahagia Dunia & Akhirat
Majmu’ Syarif Jalan Menuju Bahagia Dunia & Akhirat Original price was: RM30.00.Current price is: RM27.00.
Back to products
Amalan-Amalan Bidaah Dan Mungkar
Amalan-Amalan Bidaah Dan Mungkar Original price was: RM12.00.Current price is: RM10.80.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah Sesat?

Original price was: RM22.00.Current price is: RM19.80.

Description

SEORANG ulama yang bertaraf mujaddid (pembaharu) ialah Syeikhul Islam Taqiyyuddin Abul ‘Abbas Ibnu Taimiyyah Al-Harrani Ad-Dimasyqi Al-Hambali. Syeikhul Islam lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga mulia yang diberkati, yang sarat dengan ilmu dan keutamaan.Seiring dengan kemasyhuran beliau dalam ilmu dan fiqh, Allah SWT, menganugerahkan pula kepada beliau pelbagai sifat terpuji, sehingga beliau dikenali bahkan disaksikan oleh manusia tentang keadaan ini.

Ketika mana beliau sukar untuk memahami sesuatu ayat, beliau terus sujud dan memohon pertolongan dari Allah SWT.

Beliau seorang yang sangat tunduk dan tawaduk mentaati perintah Allah SWT, dan sering merendahkan dirinya di hadapan Allah SWT. Beliau adalah seorang tokoh ulama yang telah muncul pada abad ke-13 dan ke-14. Beliau merupakan seorang pakar dalam perincian fiqh, ijma’ dan ikhtilaf dengan pelbagai hujahnya sehingga orang ramai rasa takjub ketika beliau menyebut tentang masalah-masalah khilaf.

Namun, segelintir masyarakat berasa dengki dan tidak puas hati dengan beliau lalu membuat tuduhan terhadap beliau. Mereka mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah telah menjisimkan Allah SWT. Pelbagai ujian yang beliau tempuhi sehingga digelar seorang yang sesat. Oleh itu bagi mengetahui dengan lebih dekat siapa dia Ibnu Taimiyyah, mari kita baca dengan fikiran yang lebih terbuka. Semoga kita terhindar daripada segala fitnah terhadap pewaris para nabi.

Additional information
Weight 0.5 kg
Dimensions 16 × 3 × 23 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Syeikhul Islam Ibn Taimiyah Sesat?”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja