Buku Syarah Minhajul Abidin Siri 4 (Terjemahan lengkap Jawi ke Rumi)
Sinopsis : Buku keempat bagi Syarah Minhajul ‘Abidin ini merupakan sambungan bagi kitab yang ketiga. Pada siri kitab keempat ini membicarakan secara khusus berkait dengan rintangan yang halus-halus yang terpaksa dihadapi oleh ahli salik dalam menuju kepada ibadah. Sepertimana juga Bukit Awaiq, maka kali ini ia terpaksa menempuhi 4 rintangan (awaridh) yang menghalangnya iaitu rintangan rezeki, tiap-tiap ketakutan yang dibimbangi menimpanya, takdir yang telah ditentukan oleh Allah dan kedatangan bala bencana yang menimpanya.
Dalam mengatasi rintangan dan halangan yang halus-halus ini, Imam al-Ghazali telah mendatangkan cara bagi melepaskan diri daripada rintangan tersebut iaitu menghadapi permasalahan pada rezeki dengan sifat tawakal, menghadapi rintangan ketakutan yang dibimbangi menimpanya dengan tafwidh (berserah diri semata-mata pada Allah), menghadapi rintangan takdir yang telah ditentukan oleh Allah dengan sifat redha dan menghadapi kedatangan bala bencana yang menimpanya dengan sifat sabar.
Setiap perbicangan bagi setiap awaridh (rintangan) ini dihuraikan dengan panjang lebar yang memadai bagi seorang salik mengambilnya sebagai panduan. Dalam siri kali ini juga Imam al-Ghazali rahimahullah turut memasukkan cerita-cerita daripada salafussoleh bagi menerangkan maksud setiap perbincangan mengenai awaridh yang dihuraikan. Cerita-cerita tersebut menambahkan lagi kekuatan kefahaman pembaca serta menjadi hujah ketabahan ulama terdahulu agar dapat dicontohi oleh para salikin.
Sesungguhnya tidak dapat dinyatakan kesemua perbincangan yang terdapat pada siri keempat ini melainkan dengan mentalaahnya sendiri atau mengikuti bacaan kitab ini secara talaqqi.
Oleh : Khairatul Akmar Bin Ab Latif
m/s: 241
Reviews
There are no reviews yet.