ISBN: 9789670597577
M/S: 258
Ini adalah kitab Syarah Hikam Ibnu ‘Athaillah dipercayai dibuat oleh Tok Pulau Manis, Terengganu. Saya ubahsuaikan bahasanya supaya supaya mudah dipelajari dan senang difahami. Beliau membuat huraian atas kitab Hikam karangan Imam Tajuddin Abu al-Fadhli Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin Abdul Rahman bin Abdullah bin Aham bin Isa al-Huasein bin Athaillah al-Jazami al-Sakandari al-Maliki al-Syazili.
Nama Tok Pulau Mannis ialah Syeikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Kahar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi. Beliau dikatakan berasal daripada keluarga pembesar Kota Baghdad, kemudian menjadi pendakwah sehingga ke Asia Tenggara, kemudian menetap di daerah Kuala Berang, Ulu Terengganu. Dan nama Tok Pulau Manis itu mengambil sempena tempat kediaman barunya iaitu Kampung Pulau Manis, kurang lebih 15 km dari kuala Terengganu.
Beliau mendapat Pendidikan awl daripada bapanya sendiri, kemudian, belajar di Aceh, Jawa dan Mekah. Antara gurunya yang masyhur ialah Syeikh Abdul Rauf Sengkel di Aceh, manakala di Mekah antaranya Syeikh Ibrahim bin Hasan bin Syihabuddin as-Syafi’I. Beliau mengamalkan tarekat Syaziliah. Manakala ibnu Athaillah al-Sakandari adalah warga iskandariah Mesir. Beliau digelarkan dengan pelbagai gelaran seperti mahkota agama, wali Rabbani dan lain-lain. Beliau seorang tokoh yang sangat terkenal mahir dalam ilmu kalam, mengamalkan tarekat Syaziliah, menghimpunkan pelbagai ilmu daripada ilmu tafsir, hadis, nahu, usul fikah dan lain-lain.
Syarah Hikam Ibnu Athaillah Jilid 1 (Rumi)
Reviews
There are no reviews yet.