Penulis berjaya menyampaikan maklumat dan rujukan yang kebiasaannya hadir dalam bentuk yang membosankan kepada sesuatu yang berbeza. Beliau menggunakan pendekatan bersifat baharu yang mana kesemua maklumat diadun dalam bentuk soalan dan jawapan yang pendek serta tepat. Teks pula ditransformasikan kepada bentuk rajah, carta aliran dan jadual agar lebih mudah untuk difahami. Panduan mengisi borang, lampiran dan paparan kes sebenar mampu mencetuskan pemahaman yang lebih mendalam bagi pembaca. Buku ini mampu menjadi sebuah modul panduan dalam penyediaan wasiat Islam terutamanya dalam merancang dan menyelesaikan pembahagian harta pusaka mengikut syariat Islam dan undang-undang di Malaysia. Kandungan buku ini juga mendedahkan pelbagai disiplin iimu berkaitan wasiat yang mencakupi hukum faraid, pusaka, amanah, wasi, hibah dan sebagainya yang nyata saling berintegrasi antara satu sama lain. Antara manfaat yang boleh diperolehi dari buku ini seperti ianya boleh dijadikan bahan rujukan yang padat dan tepat untuk institusi guaman dalam menyediakan wasiat, sesuai untuk bacaan seisi keluarga sebagai suatu pedoman, panduan dan ilmu pengetahuan di masa akan datang, bahan rujukan bagi institusi pendidikan seperti di universiti, kolej dan sekolah menengah atau di perpustakaan masjid-masjid, bahan rujukan untuk kuliah dan sebagainya, sesuai dijadikan hadiah kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan korporat.
Penyusun : Amir Bahari
Penerbit : Telaga Biru
Saiz : 16.5x21cm
Untuk Kuantiti Yang Banyak Dengan Harga Diskaun , Boleh PM Kami
Untuk Isi Kandungan Buku Ini Boleh Rujuk Pada Gambar Produk
Stock Sedia Ada (Ready Stock)
Dengan Setiap Pembelian Barangan Dari Kedai Kami Bernilai RM100 , Percuma Tasbih Kayu Setanggi Bernilai RM18 (Selagi Stok Masih Ada)
Reviews
There are no reviews yet.