Kitab Sirajul Huda adalah kitab lama atau kitab kuning yang membicarakan bab asas ilmu tauhid. Kitab ini disyarahkan di majlis-majlis ilmu di masjid, surau atau di institusi pengajian agama khususnya pengajian pondok. Kitab ini dianggap sebagai rujukan asas permulaan dan pertengahan pengajian ilmu tauhid.
Untuk memberikan ruang kepada pencinta ilmu tetapi kurang mahir dalam tulisan Jawi, maka kitab ini telah dialih tulisan kepada tulisan Rumi. Pengalihan tulisan ini tidak mengubah teks asal kitab tersebut. Namun begitu disertakan nota kaki berdasarkan penerangan dan syarah kitab ini yang telah diikuti oleh pengalihan Tulisan Ustazah Noraine Abu di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Salleh bin Musa di pondok Ar-rahmaniah Sik, Kedah.
Reviews
There are no reviews yet.