PANDUAN PENGGUNAAN KAMUS AL-AZHARI JUNIOR
Memandangkan KAMUS AL-AZHARI JUNIOR ini diterbitkan bagi memenuhi keperluan pembaca muda dan remaja, terdapat beberapa kaedah boleh digunakan bagi mengoptimumkan keberkesanan kamus ini. Berdasarkan pengalaman mengajarkan Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar, saya cadangkan kepada guru dan ibu bapa beberapa kaedah yang berkesan dalam mengajar Bahasa Arab menggunakan kamus ini. Kaedah-kaedah ini berbeza berdasarkan umur pelajar dan jumlah mereka.
Tahap 1: Umur 4-6 tahun
Pada usia ini, anak-anak sudah fasih bercakap dan bertanya pelbagai perkara. Antara perkara yang mereka sering bertanya apabila melihat objek yang mereka tidak ketahui namanya sama ada ketika keluar rumah, melihatnya di dalam televisyen atau buku. Apabila ibu bapa menggunakan keghairahan anak-anak ini untuk mengenal dengan memperkenalkan objek-objek di sekelilingnya dengan Bahasa Arab, anak akan lebiih teruja. Ini kerana dia mendapat nama lain untuk objek yang telah diketahuinya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Misalnya mereka akan bertanya, “Buah oren dalam Bahasa Arab digelar apa?” Ibu atau ayah menjawab, “Burtuqaal”. Anak ini akan segera menggunakannya. Misalnya dia akan berkata, “Nanti Anas mahu makan buah Burtuqaal. Ayah jangan lupa belikan buah burtuqaal.”
Latihan seperti ini membantu anak menghafaz dan mengenali objek-objek dalam Bahasa Arab. Dan ini menimbulkan keterujaan kepadanya untuk mengenali lebih banyak perkataan. Dengan menggunakan KAMUS AL-AZHARI JUNIOR ini, ibu bapa boleh menunjukkan gambar apa-apa objek yang menjadi kecenderungan anak. Misalnya terdapat anak yang gemar melihat gambar haiwan dan kenderaan. Pilih gambar yang paling diminatinya terlebih dahulu.
Pegang tangan anak dengan lembut dan tunjukkan mana-mana objek yang kita mahu dan sebutkan nama objek itu dalam Bahasa Arab dengan jelas. Anak akan mengambil masa menyebutnya terutama sekiranya perkataan itu mempunyai huruf yang sukar disebut seperti kha, dhod, sod dan ghain.
ISBN: 9789671518229
Reviews
There are no reviews yet.