Siapakah Sebenarnya Muhammad Bin Abd Wahhab & Apakah Perjuangan Beliau

RM9.00

Description

SYEIKH Muhammad bin Abd Wahhab merupakan seorang ulama yang berjaya melakukan islah di Semenanjung Tanah Arab dalam bentuk membanteras segala kepercayaan syirik dan amalan yang tidak berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Beliau juga berjaya membuat perjanjian dengan pemerintahan Dar’iyyah untuk menjaga sunnah Rasulullah SAW. Agak jarang ulama yang berjaya bekerjasama dengan seorang pemerintah pada zaman moden ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang berteraskan kepada al-Quran dan juga as-Sunnah.

Malah ada yang terkeliru sehingga ada yang menyamakan mereka dengan golongan Khawarij yang telah difatwakan oleh ulama pada masa itu sebagai sesat. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan Wahabiyyah. Ketakutan kepada golongan Wahabi ini kadang-kadang telah mendorong sesetengah ustaz dan golongan agama di negara kita melabelkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka dalam beberapa isu agama sebagai Wahabi.

Bagi mengenali dengan lebih mendalam siapakah sebenarnya Muhammad bin Abd Wahhab dan menyelami perjuangannya, buku ini tampil memberikan pendedahan secara terperinci dan mudah untuk difahami. Semoga dengan mengkaji dengan mendalam, kita akan terhindar daripada fitnah dan tohmahan terhadap ulama’ yang merupakan pewaris para Nabi.

Additional information
Weight 0.15 kg
Dimensions 15 × 2 × 21 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siapakah Sebenarnya Muhammad Bin Abd Wahhab & Apakah Perjuangan Beliau”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja