Amalan berdoa merupakan senjata yang paling ampuh bagi umat Islam dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Doa membawa maksud meminta atau memohon sesuatu yang baik daripada Allah dengan menggunakan bahasa yang dibolehkan dan adab-adab yang sesuai dengan ketentuan syarak. Dalam meminta sesuatu yang dihajati hendaklah dengan merendahkan diri, suara yang lembut lembut dan tanpa unsur-unsur paksaan berkehendak sehingga menghilangkan rasa penghormatan terhadap Allah SWT. Dengan berdoa hati akan menjadi tenteram kerana kita menyerahkan segala sesuatu terhadapNya.
Berselawat, berzikir dan wirid juga merupakan khazanah kemuliaan dan keberkatan bagi umat Islam yang ingin mengamalkannya. Selawat terhadap Rasulullah SAW akan menghasilkan limpahan rahmat yang dianugerahkan Allah terhadap hamba yang melakukannya. Di dalam selawat tersimpan seribu satu (1,001) keselamatan dan kesejahteraan yang akan membantu seseorang terhindari dari kekalutan padang mahsyar sekaligus memperoleh syafaat Nabi di akhirat kelak. Begitu juga amalan zikir dan wirid akan menghiasi diri dan nurani sehingga menjadi bersih bercahaya.
Naskah istimewa ini mengandungi hizib dan doa keperluan orang Islam serta khasiat ayat-ayat Al-Quran, rahsia Asmaul Husna, amalan-amalan murah rezeki yang menbawa keberkatan di dunia dan akhirat.
Reviews
There are no reviews yet.