Sinopsis
Kebanyakan kita mungkin beranggapan solat sebagai bebanan dan tanggungjawab semata-mata yang mahu dilepaskan untuk mengelakkan diri daripada dosa. Sebaliknya, persepsi yang sebenar ialah solat merupakan hadiah yang paling berharga daripada Tuhan untuk kita bermunajat dengan-Nya.
Hal solat ini sangat penting untuk difahami agar solat kita bukan hanya semata-mata pergerakan anggota badan yang zahir. Bahkan melangkaui kepada suatu amal yang bermakna dan bernilai maknawi dan spiritual. Inilah tuntutan yang disebut dalam al-Quran.
Kelebihan
Berkongsi amalan dan bacaan solat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w
Memberi nilai tambah kepada solat pembaca melalui perkongsian ibadah solat yang sempurna berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w
Memberi motivasi kepada pembaca supaya mendirikan solat dengan lebih sempurna seperti solat Nabi s.a.wMendidik masyarakat bahawa perbezaan dalam amalan solat merupakan lumrah
Disertakan kajian kes yang memberi huraian dan penyelesaian untuk sesuatu masalah yang berlaku.
Nama Penulis: Mohmmad Yusri Yubhi bin Md Yusof
m/s: 264
Reviews
There are no reviews yet.