Buku sehingga al-quran terpahat di hati merupakan suatu usaha penulis dalam gagasan menggalakkan umat Islam menghafaz al-Quran sebagai garis panduan hidup yang mampu memerintah dan memimpin manusia.
Al-Quran merupakan satu mukjizat yang khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Inilah nikmat yang mampu menunjuk dan memimpin manusia agar Berjaya mentadbir hidup di dunia ini menuju kepada hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Apabila al-Quran terpahat di hati, setiap anggota tunduk akur pada arahan al-Quran, setiap Langkah tersusun mengikut rentak al-Quran, setiap tindak tanduk terbias daripada Cahaya al-Quran dan setiap gerak-hidup selari di atas landasan al-Quran. Itulah harapan. Itulah Impian.
Bukanlah mustahil bahawa daripada usaha yang kerdil, mampu mencetus sesuatu yang luar biasa sekiranya ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
Reviews
There are no reviews yet.