Sinopsis
Solat merupakan salah satu ibadat amali yang disyariatkan kepada umat Islam dalam mendekatkan diri dan mengingati Allah SWT. la merupakan ibadat yang paling penting dan istimewa berbanding dengan ibadat-ibadat yang lain.
Ini dapat dibuktikan dengan jemputan Allah kepada Nabi SAW untuk menerima perintah solat pada malam Israk dan Mikraj. Tanggungjawab yang agung ini diterima secara langsung oleh Baginda SAW daripada Allah SWT. Wahyu ini berbeza dengan wahyu-wahyu yang lain.
Solat fardu merupakan tanggungjawab yang ditaklifkan oleh Allah kepada umat Muhammad SAW untuk dilaksanakan sebagai hamba kepada-Nya. Manakala solat sunat pula merupakan ibadat tambahan dan pelengkap kepada ibadat fardu jika terdapat kekurangan atau kecacatan dalam pelaksanaannya.
Hal ini telah diungkapkan oleh Rasulullah SAW melalui sabda Baginda melalui Tamim ad-Dari r.a., “Perkara pertama yang dihisab akan seorang hamba pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya dia menyempurnakan solatnya, ditulis (amalan) untuknya sempurna. Sekiranya dia tidak menyempurnakan solatnya, Allah berfirman kepada malaikat-Nya, ‘Perhatikan, adakah kamu dapati solat-solat sunat bagi hamba-Ku? (Sekiranya ada) Maka kamu sempurnakan saiat fardunya dengannya (solat-solat sunat).”
Nama Penulis: Mohammad Haidzir Hussin
m/s: 184
Reviews
There are no reviews yet.