Semua Rasul diturunkan Allah S.W.T untuk membawa agama tauhid, yakni membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia agar mengetahui dirinya dan Tuhannya.
Tauhid yang disusun dan digubal oleh ulama Ahlul-sunnah seperti lmran Hasan al-Asy’ari dan Imam Maturidi telah lama diikuti oleh umat Islam di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Bertolak dari sini, adalah sangat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang Tauhid Ahlul-Sunnah menerusi dalil-dalil Aqli dan NaqIi (Al-Quran & AI-Sunnah).
Buku ini dapat membantu para pembaca dalam memahami Tauhid menerusi peranan akal, kewujudan alam dan sifat-sifat Allah S.W.T samada yang Wajib, Mustahil dan Jaiz. Justeru itu, bagi menguatkan lagi akidah sehingga mampu menolak fahaman-fahaman tauhid yang sesat dan menyesatkan, para pembaca dinasihatkan menghayati teori dan methodologi tauhid menerusi fahaman Ahlul-Sunnah; di antaranya dengan membaca buku ini.
Reviews
There are no reviews yet.