

Remeh Temeh Tentang Muamalat, Tapi Anda Malu Bertanya (Hard Cover)
RM19.90 Original price was: RM19.90.RM17.91Current price is: RM17.91.
Sinopsis
Muamalat adalah persoalan urusan seharian setiap individu berhubung jual beli, hutang piutang, sewa menyewa, upah mengupah, bergadai, pinjam meminjam, pelaburan, berkaitan amanah, urusan bank dan kredit, simpan menyimpan, insurans dan sebagainya.
Maka wujudlah istilah-istilah seperti al-Mudharabah, al-Murabahah, al-Wadiah, al-Wakalah, dan lain-lain. Wujud juga perkhidmatan sokongan seperti al-Rahnu, Takaful dan banyak lagi.
Buku ini memperinci persoalan tersebut. Persoalan kecil yang remeh temeh juga sama penting kerana ia melibatkan hokum hakam syariat. Tambahan pula jual beli melibatkan soal makan minum dan titik bengik kehidupan harian. Makanan yang haram akan membentuk tubuh badan dari daging yang haram. Daging yang haram Cuma layak menjadi bahan pembakar api neraka.
Jual beli juga menjurus kepada system kewangan dan ekonomi negara yang berkaitan dengan rangkaian system kewangan dan aliran kekayaan dunia. Kalau negara-negara Islam mempunyai kekuatan sendiri, kita juga boleh menentukan perlaksanaan system negara yang kita mahu.
Nama Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir
m/s: 215
Weight | 0.4 kg |
---|---|
Dimensions | 16 × 4 × 23 cm |
Reviews
There are no reviews yet.