Penawar Hati (Jawi)
Penawar Hati (Jawi) Original price was: RM16.00.Current price is: RM14.40.
Back to products

Penawar Hati (Rumi)

Original price was: RM16.00.Current price is: RM14.40.

Description

ISBN: 9789670597331
M/S: 127

Membicarakan ilmu tasawuf peringkat permulaan

Nama asalnya ialah “Penawar Bagi Hati” yang dihimpunkannya oleh: Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Mutalib al-Indonesiyi al-Mandili, di tanah suci Mekah pada tanggal 7 Rejab, 1378 Hijriah. Kitab ini diubahsuai/diadaptasikan supaya lebih mudah dipelajari dan difahami.
Ia disusun sebagai permulaan kepada ilmu tasawuf bagi menyampaikan kepada pengosongan hati daripada yang lain daripada Allah Taala dan menghiasinya dengan hanya memandang kepada Allah Taala Tuhan sekalian alam, dengan cara membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji untuk membawanya kepada pembersihan hati daripada segala sifat kecelaan. Kitab ini sesuai dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat, sama ada orang awam dan para pelajar di peringkat permulaan.

Dan kitab ini mengandungi pendahuluan dan tiga bab:
Bab 1: Anggota yang tujuh(7 fasal) iaitu fasal mata, fasal telinga, fasal lidah, fasal perut, fasal faraj, fasal tangan dan fasal kaki.
Bab 2: Jantung hati (10 fasal) iaitu fasal sangat rakus terhadap makanan, fasal rakus dalam berkata-kata, fasal marah, fasal dengki, fasal kikir dan kasih kepada harta, fasal kasih kepada kemegahan, fasal mengasihi dunia,fasal membesarkan diri, fasal ujub dan fasal riak.
Bab 3: Perangai yangdipuji (10 fasal), iaitu fasal taubat, fasal takut kepada Allah Taala, fasal zahid, fasal sabar, fasal syukur, fasal ikhlas, fasal tawakal, fasal kasih kepada Allah Taala, fasal redha dengan qadak Allah Taala dan fasal mengingati mati.

Additional information
Weight 0.35 kg
Dimensions 20 × 3 × 27 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Penawar Hati (Rumi)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja