ISBN: 9789675778568
M/S: 262
Hati yang baik itu tertanam denga sifat-sifat mahmudah dan hati yang baik itu dikatakan pintu-pintu yang terbuka untuk ke syurga. Ini adalah kerana dari hati yang baik, akan mendorong manusia itu membuat perkara yang baik baik. Maka seluruh anggota lahir manusia itu akan membuat baik sama ada kebaikan yang dilakukan itu ada hubunga sesama manusia. Setiap kebaikan dalam dua hubungan ini, Allah SWT akan membalasnya dengan nikmat syurga di akhirat kelak. Mereka akan mengecap nikmat skyurga yang banyak.
Mudah-mudahan kita sedar hakikat ini dalam menjalani kehidupan di atas dunia sebagai seorang hamba. Apa yang kita harapka afar Allah SWT memberikan kita kekuatan lahir dan batin untuk melaksanakan kewajipan yang berat ini. Dan yang akhirnya pohon kepada Allah SWT menerima kita sebagai hamba-hambaNya yang bersyukur dan digolongkan kita di kalangan kekasih-kekasihNya yang mutaqqin
Reviews
There are no reviews yet.