Description

IMPIAN setiap manusia adalah inginkan hati yang bersih daripada segala kekotoran. Ini adalah kerana. hati adalah merupakan ibu kepada segala amalan yang kita lakukan. Jika putih hati kita maka mudahlah kita untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Malangnya, jika hati seseorang itu gelap, maka segala kebaikan yang hadir kepadanya semuanya terhijab.

Pelbagai cara dapat kita lakukan bagi memperoleh diri yang bersih seperti banyak melakukan ibadat kepada Allah SWT, seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. la dikuatkan lagi dengan firman Allah SWT: “Apakah kaput tidak memerhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Allah SWT,sebenarnya membersihkan siapa yang dikehendakiNva dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.”

Namun, terdapat perbezaan di antara manhaj (cara) ahli sunnah dan ahli sufi dari sudut pelaksanaannya. Ahli sunnah ialah merealisasikan ‘ubudiyah kepada Allah SWT. Sebaliknya ahli-ahli sufi membersihkan jiwa mereka dengan melakukan berbagai-bagai amalan bidaah, khurafat dan juga ibadah-ibadah yang memberatkan diri yang tidak pernah disyariatkan Allah SWT. Persoalannya, adakah golongan sufi ini keseluruhannya bercanggah dengan ajaran Islam?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan perbezaan manhaj mereka dalam membersihkan jiwa, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga jiwa kita akan menjadi bersih dan tenang sentiasa dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.

Additional information
Weight 0.2 kg
Dimensions 15 × 3 × 21 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pembersihan Jiwa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja