Apabila dibicarakan tentang bab solat kita sudah sedia maklum akan kewajipan dan kepentingannya. Terdapat solat lima solat fardu yang wajib kita tunaikan setiap hari walau dalam apa jua keadaan dan situasi. Selain itu iringan solat-solat sunat yang boleh kita tunaikan bagi menambahkan amalan dan pahala. Namun yang paling utama ialah hak menunaikan solat fardu atau wajib itu lebih penting untuk dijaga dan dipelihara. Kerana ia merupakan tiang atau asas agama Islam.
Panduan yang dijelaskan di dalam buku ini adalah untuk memudahkan kita dalam menunaikan kewajiban ibadah solat fardu dan solat sunat. Di dalam bab solat fardu tidak banyak kekeliruan yang timbul. Tetapi di dalam bab solat sunat banyak kekeliruan serta ketidak fahaman mengenainya. Ini timbul kerana unsur adat dan budaya dicampurkanadukan ke dalamnya. Semoga kehadiran buku ini dapat memcahkan masalah tersebut agar ibadah yang kita lakukan itu dapat diterima dan diberkati Allah SWT.
Reviews
There are no reviews yet.