Fiqh Ta'ayush Dalam Konteks Maqasid Syariah
Fiqh Ta'ayush Dalam Konteks Maqasid Syariah Original price was: RM20.00.Current price is: RM18.00.
Back to products
Ensiklopedia Keluarga Bahagia - Hard Cover
Ensiklopedia Keluarga Bahagia - Hard Cover Original price was: RM140.00.Current price is: RM126.00.

Muhammad Rasul Terakhir – Hard Cover

Original price was: RM80.00.Current price is: RM72.00.

Description

Tajuk : Muhammad Rasul Terakhir

Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.

ISBN : 9789672038535

Penulis : Dr. Rohaily Al-Jawhary

Halaman : 373 muka surat

Berat : 1500 gram

 

Sipnosis:

MUHAMMAD SAW RASUL TERKAHIR : Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahin a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

 

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

 

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai ‘al-Amin’.

 

Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walu dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.

 

Menyampaikan amanah sebagai Rasul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.

 

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBACA BUKU INI

Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Bersedialah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus tergolong dalam kalangan yang menerima syafaat Baginda SAW.

Additional information
Weight 1.15 kg
Dimensions 20 × 4 × 28 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Muhammad Rasul Terakhir – Hard Cover”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja