Apakah itu rezeki? Rezeki ialah apa yang mendatangkan faedah dengannya. Maka yang anda makan adala rezeki, yang anda minum adalah rezeki, sifat-sifat ciptaan dari kesabaran, kebijaksanaan, keberanian dan sebagainya adalah rezeki, dan tiap-tiap sesuatu yang mendatangkan faedah dinamakan rezeki. Akan tetapi manakala Allah berfirman:
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik.”, maka ia dimaksudkan kepada apa yang dimakan manusia. Apabila Allah mengatakan demikian maka yang dimaksudkan ialah hendaklah manusia itu memakan rezeki yang halal lagi baik.
Reviews
There are no reviews yet.