Sirih merupakan tumbuhan yang menjalar. Di dalam masyarakat nusantara khusus orang Melayu, semenjak dahulu lagi peranan daun sirih dalam kehidupan seharian amat penting. Lebih-lebih lagi dalam majlis dan istiadat tertentu seperti pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Selain itu daun sirih juga menjadi makanan yang dimakan bersama hirisan buah pinang dan kapur sirih.
Di dalam dunia perubatan tradisional juga banyak menggunakan daun sirih. Dengan adanya teknologi dan kajian secara lebih saintifik sekarang telah membuktikan yang terdapat khasiat-khasiat penting di dalam daun sirih. Ia banyak digunakan dalamperubatan berunsur herba dan tumbuhan semulajadi. Malah dalam penjagaan kesihatan kecantikan juga telah menggunakan daun sirih ini.
Buku ini membuka lebaran untuk kita dengan menghuraikan kehebatan daun sirih merah ini yang boleh memanfaatkan untuk kesihatan dan kecantikan kita.
Reviews
There are no reviews yet.