Selain daripada perubatan moden banyak perubahan lain yang menjadi alternatif kepada semua. Bagi umat Islam khususnya perubatan Ruqyah adalah rawatan penyembuhan yang menjadi pilihan. Ini kerana ia selari dengan akidah dan keyakinan umat Islam itu sendiri. Penggunaan bacaan ayat-ayat suci al-Quran tanpa menggunakan bahan-bahan yang meragukan malah dijaga dengan rapi pergaulan di antara lelaki dan perempuan mengikut ketetapan Islam.
Banyak perubatan alternatif lain yang menggunakan jampi serapah yang menyeru kuasa-kuasa tertentu atau kuasa mistik untuk menyembuh penyakit. Serta meminta pesakit untuk menyediakan pelbagai bahan yang kadang-kadang sukar dan mahal untuk didapatkan. Malah ada juga yang meminta wang pengeras banyak. Ini perlu kita hindaran kerana ada unsur syirik dan penipuan di situ.
Oleh itu dalam Islam telah menyediakan perubatan yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan doa untuk memohon kesembuhan daripada Allah SWT. Ini kerana kita mesti yakin bahawa hanya Allah sahajalah yang memberi kesembuhan untuk setiap penyakit yang diturunkan.
Reviews
There are no reviews yet.