ISBN: 9789675778537
M/S: 101
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai “Ayat 1000 Dinar” merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelesaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah. Setiap ayat-ayat Al-quran yang diamalkan akan mendapat banyak kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah. Apabila diperhatiakn kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada AllahSWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan. Pengajaran daripda ayat seribu dinar ini ialah kita hendaklah bertakwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan kepada-Nya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hamba-Nya. Jika keyakinan itu disematkan di hati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
Reviews
There are no reviews yet.