Pengarang : Harun Yahya
Penterjemah : Intan Baizura Salman Halili
Penyunting: Halinda Ismail
Muka Surat : 136
Apabila bercakap mengenai ke’adilan, semua orang memahami konsep yang sama dan ini diterima oleh majoriti serta-merta. ke’adilan merangkumi manusia dari segenap sudut kehidupan tanpa ada sifat pilih kasih di antara mereka. la akan mengagihkan sumber secara ‘adil di kalangan manusia tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa dan bermatlamat untuk mewujudkan sebuah dunia yang mana mereka yang lebih baik merupakan pihak yang benar, bukan mereka yang berkuasa.
Apa yang sering menjauhkan manusia daripada ke’adilan ialah penolakan terhadapnya. Mereka mungkin menguasainya secara prinsip tetapi menolaknya apabila is bertentangan dengan kepentingan peribadi mereka. Bagi tertegaknya pentadbiran yang ‘adil di seluruh dunia, satu bentuk moral diperlukan yang membolehkan manusia mengenepikan manfa’at peribadi mereka bagi tertegaknya ke’adilan.
Peradaban moral ini ialah Al-Qur’an yang Allah perintah dan ajarkan kita di dalam Kitab Suci Al-Qur’an. Ini kerana nilai-nilai Al-Quran memerintahkan sebuah ke’adilan yang menyeluruh dan tidak mengadakan diskriminasi di antara manusia serta hanya mengambil apa yang benar dan ‘adil semata-mata.
Ke’adilan yang ditegakkan dengan rasa takut terhadap Allah dan dengan niat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah adalah ke’adilan yang sebenar. Tujuan buku ini ialah untuk menerangkan mengenai ke’adilan dalam Al-Qur’an.
Reviews
There are no reviews yet.