Sinopsis
Makanan ialah makanan yang digunakan bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk tubuh badan manusia. Biasanya ia terdiri daripada tumbuhan dan haiwan, serta mengandungi nutrien penting seperti lemak, protein, vitamin, dan mineral. Bahan ini dimakan oleh organisma dan diserap oleh sel-sel badannya untuk ditukarkan kepada tenaga, mengekalkan kehidupan, serta merangsang pertumbuhan. Bagi mencapai natijah optimum daripada sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Hal ini boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia.
Kelebihan
Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan.
Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan yang berada di sekeliling kita.
Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian dalam bidang berkaitan.
Nama Penulis:
Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah
Dr. Faszly Rahim
Prof. Dr. Aminah Abdullah
m/s: 408
Reviews
There are no reviews yet.