Hasan al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Beliau menerima dunia dengan penuh bersahaja. Beliau tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Segalanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekara yang perlu. Beliau hanya makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Beliau menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya.
Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar Cahaya pada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, Cahaya dan kegembiraan.
Seorang wartawan bertanya Imam ai-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau berkata:
Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, Merdeka, tenteram, dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.h
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru:
“sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan depada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.”
“Inilah saya, anda pula siapa?”
m/s: 712
Reviews
There are no reviews yet.