Himpunan Ilmu dan Hikmah
Huraian 50 Hadis Jawa’im Al-Klalim (termasuk Hadis 40 Imam an-Nawawi)
Kitab Jami’ Ulum wak Hika mini menghimpunkan hadis Rasulullah s.a.w yang menjadi pelbagai ilmu yang amat berguna dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah kelebihan yang Allah berikan kepada Rasulullah s.a.w. bagi. Baginda mampu mengungkap hadis yang pendek tetapi maknanya cukup mendalam dan meluas. Ini adalah antara bukti kebenaran firman Allah yang bermaksud: “Dia (Nabi Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Apa yang diungkapkan adalah wahyu daripada Allah.”
Oleh itu, kita dapati hadis yang hanya terdiri daripada beberapa patah perkataan tetapi penuh dengan kebaikan dunia dan akhirat. Untuk menghuraikannya, para ulama terpaksa mengarang pelbagai buku. Itu pun belum mencukupi kerana perkembangan zaman masih mampu membongkar maksud hadis tersebut.
Asalnya sebanyak 26 hadis daripada hadis ini telah dikumpulkan oleh seorang ulama bersar. Beliau digelar sebagai al-Imam, al-Hafiz dan Syeikhul Islam. Gelaran seumpama ini hanya mampu diraih oleh individu terbilang. Beliau adalah Taqiuddin Abu ‘Amru Uthman atau dikenali dengan Ibnus Solah. Beliau meninggal pada tahun 643H.
Usaha beliau diteruskan oleh seorang yang mendapat al0Imam, az-Zahid dan al-Qudwah. Beliau adalah Abu Zakaria Yahya bin Syaraf, dikenali sebagai Imam an-Nawawi. Beliau telah mencukupkan bilangan hadis tersebut menjadi 42 buah. Hadis yang dikumpulkan ini dikenali sebagai hadis 40. Beliau meninggal pada tahun 676H.
Kemudian, datang al-Hafiz Ibnu Rajab dengan menambahkan koleksi hadis-hadis tersebut menjadi 50 buah hadis. Beliau berusaha menghurai hadis tersebut dengan sebaik mungkin. Kitab beliau ini mendapat perhatian yang selayaknya disebabkan kandungannya yang amat bernilai. Kita dapati ramai ulama yang mentahqiq kitab ini dan mentakhrij hadisnya. Ada juga yang meletakkan tajuk-tajuk kecil supaya mudah difahami. Disamping itu, ia telah diterjemah ke dalam pelbagai Bahasa dan diterbit dalam pelbagai versi.
Reviews
There are no reviews yet.