Sinopsis
Hadis qudsi adalah salah satu cabang daripada kumpulan hadis Rasulullah saw. Hadis qudsi ialah firman Allah yang disabdakan oleh Baginda . Jumhur ulama menyatakan bahawa lafaz hadis qudsi adalah daripada Nabi saw yang dinisbahkan kepada Allah dan maknanya adalah daripada Allah swt.
Buku Hadis Qudsi ini menghimpunkan hadis-hadis qudsi daripada tujuh kitab hadis iaitu Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami‘ al-Tirmizi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Ibni Majah, dan Shahih Ibni Hibban. Sebagai info tambahan para pembaca, setiap hadis diletakkan hukumnya berdasarkan penilaian para ulama hadis silam dan kontemporari. Antara kandungan buku ini ialah:
• Kitab Tauhid
• Kitab Solat
• Kitab Rahmat Allah
• Kitab Melihat Allah
• Kitab Zikir dan Doa
• Kitab Kematian
• Kitab Akhir Zaman
• Kitab Para Nabi
Kelebihan
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan bahan bacaan kepada:
• Setiap individu Muslim yang ingin mengetahui dan mendekatkan diri dengan intipati hadis qudsi.
• Setiap keluarga sebagai input harian.
• Para pelajar yang menginginkan rujukan tambahan dalam penulisan dan kajian, terutamanya mereka yang berada dalam bidang hadis.
• Tenaga pengajar sama ada di institusi pengajian formal atau tidak formal.
• Surau dan masjid sebagai bacaan berkala selepas solat fardu.
Nama Penulis: Muhammad Yusuf Bin A Kadir
m/s: 384
Reviews
There are no reviews yet.