Tajuk : Fobia Yahudi Dan Barat Terhadap Islam
Penulis : Haji Husseini bin Zambery
Sinopsis
Buku ini menjelaskan berkaitan dengan fobia pihak Yahudi dan kemudiannya diikuti oleh pihak Barat terhadap Agama Islam. Pengarang dengan mengemukakon tentang penyelewengan oleh pihak Yahudi terhadap akidah Agama Kristian yang pada asalnya adalah monoteisme seperti yang telah dibawa oleh para Rasul dan para Nabi-Nya. Isu penggunaan perkataan ‘Allah’ di Malaysia turut diperielaskan melalui ‘.kupasan daripada para sariona Islam bagi menyatakan hal yang sebenarnya. Selanjutnya pengarang juga menghuraikan persoalan dari segi sejarah, kenapa Islam telah mara ke Barat seterusnya menguasai Empayar Parsi dan Rom. Dalam pada itu dijelaskan juga akan propaganda-propaganda anti terkadap Islam yang terawal di Barat hinggakan kemudiannya telah mencetuskan Perang-Perang Salib. Dalam kajiannya, pengarang berpendapat penyeleweng pihak Barat terhadap Islam adalah kerana mereka kurang memahami akan agama suci ini. Pengarang berjaya membawa para pembaca dari urutan sejarah berkaitan dengan pandang-pandangan para penulis Barat sejak awal lagi terhadap Agama Islam. Dalam semua hal ini terdapatlah tangan-tangan dari pihak Yahudi yang turut memperigaruhi pihak Barat untuk memusuhi Islam dan para penganutnya. Bukti-bukti Berjaya dijelaskan, bahawa melalui pengaruh pihak Yahudi di Amerika Syarikat khususnya dan di Eropah amnya, maka berlakunya krisis di Palestin hinggalah sampai ke dewasa ini. Dengan itu tercetuslah isu-isu berkaitan dengan penaklukan di Iraq dan berlakunya Serangan pada 11 September 2001 terhadap Menara Berkembar di Washington D.C. Isu berkaitan dengan Karikatur Nabi Muhammad yang disebarluaskan di Eropah juga di Singapura turut dinyatakan. Sentimen anti Islam kian menjadi nyata di Eropah. Ini semuanya kerana gara-gara sebilangan besar daripada penduduknya terlalu takut akan pengaruh Islam ke atas mereka.
Reviews
There are no reviews yet.