Fiqh Puasa (Edisi Daurah)

Original price was: RM20.00.Current price is: RM18.00.

Description

Tajuk:Fiqh Puasa (Edisi Daurah)
ISBN: 9789671931592
Penerbit:Ikon Syabab Resources
Penulis: Al-‘Allamah Abdullah Bafadhal (Kitab Al-Muqaddimah Al-Hadhramiyyah)
Penterjemah: Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat:78
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.144
Dimensi (cm):22.7cm x 15.2cm x 0.5cm

FIQH PUASA EDISI DAURAH ini adalah sebuah karya yang diterjemahkan daripada Bab Puasa dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah Fi Fiqhi al Sadah al-Syafi’iyyah nukilan al-Allamah Abdullah bin Abdul Rahman Bafadal al-Hadhrami (wafat 981 H). Kitab ini juga dikenali dengan beberapa nama lain iaitu Mukhtasar Bafadal, al-Mukhtasar al-Kabir dan Masa’il al-Ta’lim.

Dalam bab ini, terkandung pelbagai perbincangan dan penjelasan berkenaan hukum-hakam puasa, baik dari sudut definisi dan dalil pensyariatannya, syarat-syarat sahnya, syarat-syarat wajibnya, keadaan tertentu yang membolehkan untuk berbuka puasa, sunat-sunatnya, kafarah jimak ketika Ramadan dan sebagainya lagi. Setiap isi dan inti pati yang terkandung dalam bab ini semestinya ditekuni dan diteliti agar ibadah puasa yang kita lakukan itu sah dan bertepatan dengan kehendak syarak, seterusnya diterima sebagai amal ibadah di sisi Allah.

Mudah-mudahan dengan kehadiran buku ini dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas di samping merungkai segala salah faham yang timbul berkenaan ibadah puasa.

Additional information
Weight 0.26 kg
Dimensions 18 × 3 × 25 cm
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Fiqh Puasa (Edisi Daurah)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shipping & Delivery

Kami menggunakan kurier terpantas di Malaysia dan dijamin sampai 1-3 hari waktu bekerja