Solat merupakan rukun kedua dari lima rukun islam. Umat Islam sepakat bahawa menjalankan ibadah solat 5 waktu (subuh, zohor, asar, magrib dan isyak) adalah kewajipan. Tetapi banyak perbezaan menjalankan ibadah solat, meskipun hukumnya sama-sama wajib.
Dalam menunaikan ibadah ini terdapat perbezaan bacaan atau perbuatan antara empat mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namu ia hanya malibatkan perkara-perkara kecil dan cabang sahaja. Perbezaan pendapat ini tidak berkaitanlangsung dengan urusan akidah, tauhud mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan pandangan dal hal-hal cabang ini adalah kerana berbezanya tafsiran dalil dan anggapan terhadap kekuatan dalil hadisnya.
Perbezaan ini sering menjadi pertanyaan dalam solat berjemaah terutamanya bagi makmum yang mengikut imam yang berbeza pendapat mazhabnya. Namun ini bukanlah halangan untuk kita menunaikan solat berjemaah kerana kelebihan serta fadhilat solat berjemaah itu amat besar dan amat ditekankan oleh Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Semoga buku ini dapat memberi sedikit kefahaman dan ilmu pengetahuan kepada kita semua.
m/s:Â 205
Reviews
There are no reviews yet.