Buku ini diadaptasikan dengan dua kaedah iaitu KAEDAH NOMBOR dan KAEDAH IQRA’. Kaedah membaca perkataan Jawi menggunakan nombor bagi setiap sukukata membimbing murid membaca Jawi dengan lebih mudah. Nombor ini merujuk kepada bilangan huruf yang perlu dibaca atau dibunyikan oleh pembaca bagi setiap sukukata. Adaptasi kaedah Iqra’ dalam bahan bacaan ini dilihat sangat berkesan bagi membimbing murid mempelajari bacaan Jawi. Sistem Iqra’ yang diperkenalkan dalam buku Iqra’ Cara Cepat Membaca Al-Quran ditulis oleh Ustaz Haji As’ad Humam membimbing murid membaca Al-Quran dengan sangat sistematik iaitu mengikut tahap perkembangan. Murid dipastikan benar-benar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulu sebelum berpindah kepada kemahiran yang seterusnya melalui latih tubi bacaan kalimah-kalimah yang disediakan sambil dipantau oleh guru mereka. Melihat keberkesanan kaedah ini, penulis telah mengadaptasikannya ke dalam buku Celik Cilik Jawi ini supaya murid dapat menguasai bentuk-bentuk penulisan Jawi hampir keseluruhannya melalui bacaan perkataan, frasa dan ayat yang disediakan mengikut bab.
ISBN: 9789672196655
Reviews
There are no reviews yet.