ISBN: 9789670597416
M/S: 186
BIDAYATUL HIDAYAH
Adalah antara Karangan Asy-Syeikh al-Imam al-Alim, al-‘Allamah. Hujatul Jslam Abu Hamid Mahammad bin Muhammad Al-Ghazali at-Thusi. KKitab ini begitu masyhur di kalangan para alim ulama terutama bagi pengamal ilmu tasawuf, demikian juga di kalangan pelajar-pelajar sekolah pondok berana cara penyampaian yang dibawa oleh Imam Al-Ghazali sangat teratur, kemas, jelas, mudah difahami dan amat mengentuh hati sanubari pembaca dan pendengarnya dan mampu mendekatkan seseorang kepada Tuhannya, malahan menundukkan kalbu sesetengah orang rebah sujud di hadapan Tuhannya Yang Maha Tinggi lagi Maha Mencipta.
Selain daripada khutbah al-kitab, kitab ini secara kasarnya dibahagikan kepada tiga bahagian:
* Bahagian Pertama: Mengenai Ketaatan. Iaitu bahagian amal ibadat seharian.
* Bahagian Kedua: Mengenai cara-cara meninggalkan maksiat, sama ada maksiat anggota badan (maksiat zahir) atau maksiat hati (maksiat batin).
* Bahagian Ketiga: Adab pergaulan dan persahabatan, sama ada dengan
Allah, atau dengan makhlukNya.
Kerana itu kitab in amat bermanfaat bagi kaum Muslimin dan
Muslimat bukan sahaja bagi para pelajar di sekolah-sekolah pondok dan di arma-asrama, malah guru-guru, dan juga semua lapisan masyarakat. hatta orang awam.
Reviews
There are no reviews yet.