Kitab “BAHRU AL-MADZI” ini adalah merupakan himpunan hadith-hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini mengandungi 22 juzu’, iaitu:
01. Juzu ’01 – Mengenai Thaharah.
02. Juzu’ 02 – Mengenai Solat. 03. Juzu’ 03 – Mengenai Solat.
04. Juzu’ 04 – Mengenai Solat dan Zakat.
05. Juzu’ 05 – Mengenai Puasa.
06. Juzu’ 06 – Mengenai Haji.
07. Juzu’ 07 – Mengenai ‘Umrah dan Jenazah.
08. Juzu’ 08 – Mengenai Nikah.
09. Juzu’ 09 – Mengenai Thalaq dan Li’an.
10. Juzu’ 10 – Mengenai Perburuan.
11. Juzu’ 11 – Mengenai Qurban,Nazar,Sumpah,Perjalanan Nabi dan Kelebihan Berperang.
12. Juzu’ 12 – Mengenai Perang Sabil,Pakaian,Makanan.
13. Juzu’ 13 – Mengenai Minuman,Kebaktian dan Perhubungan Silaturrahim.
14. Juzu’ 14 – Mengenai Ubat-Ubatan,Fara’id,Wasiat,Wala’ dan Hibah dan Qadar.
15. Juzu’ 15 – Huru-Hara.
16. Juzu’ 16 – Mengenai Takbir Mimpi,Saksi dan Zuhud.
17. Juzu’ 17 – Mengenai Sifat Qiamat.
18. Juzu’ 18 – Mengenai Sifat Syurga, Sifat Neraka dan Iman.
19. Juzu’ 19 – Mengenai ‘IImu,Minta Izin dan Adab.
20. Juzu’ 20 – Mengenai Segala Perumpamaan,Pahala,Qur’an dan Qira’at.
21. Juzu’ 21 – Mengenai Tafsir.
22. Juzu’ 22 – Mengenai Tafsir.
Kitab asal bagi kitab ini (dalam tulisan jawi) telah banyak kali diulang cetaknya. Dan hampir kesemua pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir mempunyai kitab ini, sebab kitab ini dicetak di sana. Dan sesungguhnya kitab asalnya dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami ‘ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.
Penyusun : Muhammad Idris Al-Marbawi
Pengalihan Tulisan Jawi ke Rumi : Noraine Abu
Muka Surat: 404
Reviews
There are no reviews yet.