BAB AL-HAID AL-ISTIHADHAH WA AN-NIFAS
Permasalahan berkenaan darah Haid, Istihadhah dan Nifas merupakan suatu perkara yang sering dialami oleh kaum hawa. Banyak perkara berkenaannya perlu diambil tahu sama ada dari sudut hukum mahupun kesihatan oleh kaum wanita, bahkan penting juga bagi kaum lelaki untuk mempelajarinya. Justeru, risalah Bab Al-Haid Wa Al-Istihadhah Wa An-Nifas ini didatangkan bagi membimbing kaum wanita mahupun kaum lelaki dalam memahami berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas. Risalah ini pada asalnya merupakan suatu bab di dalam kitab turats yang terkenal di Tanah Melayu, iaitu kitab Sabilal Muhtadin Lit-Tafaqquhi Fi Amri Ad-Din. Bab ini telah dinuqilkan ke tulisan Rumi daripada kitab asalnya yang bertulisan Jawi menjadi sebuah risalah atau buku khas menerangkan berkenaan darah Haid, Istihadhah dan Nifas tanpa mengubah gaya Bahasa dan struktur ayat daripada kitab asal bagi mengekalkan maksud asal penulis dan memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian dan membuat rujukan. Semoga dengan terbitnya risalah kecil tetapi mengandungi manfaat yang besar ini dapat membimbing masyarakat dalam memahami dan mendalami berkenaan permasalahan yang dibincangkan sekaligus melahirkan masyarakat yang celik pengetahuan bahkan dalam masa yang sama membawa kepada keabsahan sesuatu ibadah.
Reviews
There are no reviews yet.