Buku ini khususnya membicarakan dalam bidang aqidah, iaitu suatu bidang yang sangat pokok dan utama dalam kehidupan setiap individu muslim. Kandungan buku ini disusun dalam bentuknya yang sederhana dan kemas dengan menggunakan kaedah pendekatan yang jelas bagi maksud memudahkan para pembaca menangani persoalan aqidah Islam. Sesungguhnya “Aqidah Islam” adalah sesuatu ilmu yang sangat-sangat perlu dipelajari dan difahami dengan sebenar-benarnya, supaya ia dapat menjadi benteng yang kuat untuk mempertahankan diri dari gejala-gejala buruk yang melanda masyarakat Islam sekarang. Sebagai sebab dalaman, tiap-tiap orang Islam wajib mempunyai iman yang teguh dalam dirinya dan menjauhi perkara-perkara Khurafat, kerana daripada aqidah yang bersih itulah dapat melahirkan mukmin yang bertakwa kepada Allah dan yang sebenar-benar patuh segala perintah-Nya.
Penyusun : Abdul Aziz Omar Ahmad
m/s:Â 314
Reviews
There are no reviews yet.