Sinopsis
Kitab at-Tibyan fi Adab Hamalah al-Qur’an merupakan salah satu karya Imam al-Nawawi yang menyentuh perihal al-Quran, dari sudut: Kelebihan al-Quran, adab membaca dan menghafalnya, hukum hakam berkaitan al-Quran dan lain-lain. Seharusnya seorang Muslim perlu mengetahui bagaimana caranya untuk kita berinteraksi dengan Kalamullah. Al-Quran bukan sahaja berfungsi sebagai panduan hidup manusia, tetapi ia mestilah dipelihara dan dihormati dengan cara terbaik kerana tindakan ini melambangkan adab kita bersama Allah Taala.
Kelebihan
Ditulis dalam hampir 800 tahun yang lalu.
Penulisan yang berkualiti berkaitan al-Quran, adab-adab pembaca dan penuntutnya, serta pelbagai hukum hakam yang melibatkan situasi.
Huraian yang tidak terlalu panjang serta senang difahami menjadikan kandungan kitab ini sesuai untuk dipraktiskan dengan mudah.
Syair bahasa Arab tidak dimasukkan teks asalnya, tetapi diterjemahkan terus ke dalam bahasa Melayu.
Penulis: Imam Al-Nawawi
m/s: 208
Reviews
There are no reviews yet.