Doa itu senjata orang Mukmin. Begitulah Islam mengajar umatnya ketika berdepan dengan apa jua situasi; sama ada ketika senang mahupun ketika ditimpa musibah. Di sinilah konsep doa dan tawakal kepada Allah SWT dibentuk dan dipupuk dalam setiap individu Muslim.
Jika disingkap lipatan sejarah para anbiya’, kita akan mendapati kehidupan mereka tidak pernah sekali pun lekang daripada ujian dan mehnah. Sentiasa diuji oleh Allah SWT sebagai bukti kebenaran ajaran yang dibawa dan demi menunjukkan kemukjizatan mereka sebagai Rasul utusan Allah. Meskipun demikian, pegangan dan kebergantungan mereka kepada Allah Azza wa Jalla sentiasa utuh malah semakin kukuh selari dengan banyaknya ujian. Doa adalah penghubung mereka dengan Pencipta mereka.
Buku ini menggarap dengan halus dan terperinci mengenai kaitan musibah dan doa. Mudah-mudahan buku ini mampu memberi rasa ‘tahu’ dan mencetus ‘mahu’ dalam diri kita untuk terus bergantung kepada Allah SWT dan berdoa dengan penuh raja’, mengharap bantuan daripada-Nya. Amin.
Reviews
There are no reviews yet.