Ramadan ialah bulan ibadah. Pada bulan Ramadanlah, masjid dan surau akan dibanjiri umat Islam. Seolah-olahnya jika ingin dikira berapakah bilangan sebenar umat Islam di sesuatu tempat, maka kiralah di surau dan masjid ketika bulan Ramadan. Pastinya bilangan yang lebih tepat dapat diperoleh pada ketika itu. Hal ini demikian kerana, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, sihat atau sakit, miskin atau kaya, semuanya akan berbondong-bondong ke rumah-rumah Allah untuk mengambil peluang keberkatan bulan Ramadan dengan melaksanakan ibadah sebanyak mungkin pada waktu itu.
Penulis :
- Dr. Wan Ali Akhbar Wan Abdullah
- Dr. Nursafra Mohd Zhaffar
m/s : 168
Reviews
There are no reviews yet.