ISBN:9789670597676
M/S: 385
Kitab “Minhaj Al-‘Abidin” adalah sebuah kitab tasawuf di peringkat pertengahan, karya Imam Al-Ghazali Al-Thousi. Nama asalnya ialah “مِنْهَاجُ الْعَابِدِينَ إِلَى جَنَّةِ رَبِّ الْعَالَمِينَ” [Minhaj Al-’Abidin ila Jannah Rabbil ‘Alamin] (Jalan Nyata Bagi Ahli-Ahli Ibadah ke Syurga Tuhan Rabb Al-‘Alamin). Kitab ini membicarakan jalan-jalan yang mesti ditempuhi oleh ahli-ahli ibadah untuk sampai ke syurga Tuhan Rabb Al-Alamin. Jalan-jalan yang akan dilalui oleh ahli-ahli ibadah itu diumpamakan sebagai liku-liku pendakian di pergunungan dengan berbagai cabaran, kesulitan dan kecelakaan. Beliau menamakannya sebagai ‘aqabah-‘aqabah. Dan seterusnya beliau membahagikan ‘aqabah-‘aqabah itu kepada tujuh iaitu:
1-’Aqabah Ilmu (عَقَبَةُ الْعِلْمِ).
2-’Aqabah Taubat (عَقَبَةُ التَّوْبَةِ).
3-’Aqabah ‘Awaiq (Penghalang).(عَقَبَةُ الْعَوِائِقِ).
4-’Aqabah ‘Awaridh (Gangguan).(عَقَبَةُ الْعَوَارِضِ).
5-’Aqabah Bawa’ith (Dorongan) (عَقَبَةُ الْبَوَاعِثِ).
6-’Aqabah ‘Qawadih (Perosak). (عَقَبَةُ الْقَوَادِحِ).
7-’Aqabah Puji Dan Syukur (عَقَبَةُ الْحَمْدِ وَالشُّكْرِ).
Pembahagian ini berdasarkan pemahaman dan ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada beliau.
Kandungan kitab ini sangat bermanfaat bagi sekalian hamba Allah yang ingin mendampingkan dirinya dengan Allah SWT bagi menuntut keredhaanNya, terutama para pelajar di peringkat menengah dan atasan.
Reviews
There are no reviews yet.