Bid’ah sering menjadi isu yang memecah belahkan masyarakat Islam, malah menjadi perbahasan di kalangan orang awam. Amalan seperti membaca Yasin pada malam Jumaat dan sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah yang sudah lama diamalkan.
Buku ini hadir bagi memberi pencerahan yang jelas dengan membawa 8 langkah yang mesti kita ketahui bagi memahami apa sebenarnya bid‘ah dan mengapa ia menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan.
“Untuk mengetahui bid‘ah (dhalalah) atau tidaknya sesuatu perbuatan atau perkataan seseorang, kita perlulah mempunyai asas pengetahuan yang cukup tentang dalil-dalil al-Quran, sunnah, ijmak, qias dan kitab-kitab feqah yang diakui. Kita harus terlebih dahulu melihat kepada masalah yang ada. Kemudian meneliti, adakah terdapat ayat, hadits, atau qias yang menunjukkan bahawa ia adalah bid‘ah (dhalalah) atau tidak. Jika ternyata tidak ada satu pun dalil yang bertentangan dengannya, maka tidak diragukan lagi bahawa hal tersebut adalah boleh (bukan haram atau Bid‘ah Dhalalah).”
~ Al-Kalim ath-Thoyyib: Fatawa ‘Ashriyyah (Fatwa-fatwa Kontemporari), Syaikh Ali Jum‘ah, Mantan Mufti Mesir
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
m/s: 112
*sila chat terlebih dahulu untuk bertanya tentang stok
Reviews
There are no reviews yet.